31 August 2005

‘Kambing hitam satu, bos! Kurang tanggungjawab!’

Malaysia kita yang tercinta dipenuhi orang yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Sejak kebelakangan ini, muncul pula beberapa tabiat yang kurang disenangi. Pelbagai kelakuan dan adegan pun telah dirakamkan di blog-blog yang lain.

Contohnya kelakuan si kambing hitam di system pengangkutan aliran ringan. Bukankah kita diseru menghormati orang tua sejak muda lagi? Tidakkah ibubapa kita mengajar supaya kita memberikan tempat duduk kita kepada orang yang kurang berupaya?

KucingGatal pula merakamkan kelakuan para kambing hitam ini menerpa masuk ke dalam LRT yang baru sahaja tiba di stesen! Ke mana perginya kesopanan dan kesusilaan yang dilaungkan semasa melafazkan Rukunegara?

Kelakuan sumbang ini semakin menular. Kadar kemalangan jalan raya negara kita turut merisaukan. Tabiat segolongan pemandu kita yang sekampung dengan kambing hitam LRT menyebabkan kemalangan dan kematian semakin kerap berlaku.

Si kambing hitam ini menconteng arang atas muka Bangsa Malaysia! Suratkhabar kita saban hari melaporkan peristiwa kemalangan jalanraya ataupun perbalahan antara pemandu kereta, penunggang motosikal atau penumpang bas. Kadang-kadang, ada juga peristiwa tersebut yang berakhir dengan pertumpahan darah ataupun maut.

Suratkhabar dan siaran radio serta televisyen kita diteliti dunia luar juga. Akibat daripada pertengkaran antara beberapa kambing hitam yang kurang bertanggungjawab, mereka yang setitik nila ini merosakkan sebelanga maruah kita.

Jika kelakuan si kambing hitam ini tidak diperbaiki, perjuangan nenek moyang kita boleh dianggap sia-sia sahaja: hilangnya budi pekerti, lenyaplah Bangsa Malaysia.

* plink menutup pintu, terus meracau dalam bilik *

0 Comments:

Post a Comment

<< Home